Kebun Desa Permai
Monday, September 13, 2021
Tuesday, January 18, 2011
Pokok Kelapa Sawit Kuat `Makan` Baja
Aku baru sahaja selesai potong buan dan membaja kebun sawit arwah emak pada 15hb Januari 2011 , Sabtu yang lalu. Aku angkat buah yang telah dipotong ke tepi `platfom` tepi jalan besar. Aku gunakan besi `cam` . Angkat satu-satu ke tepi jalan besar. Silapnya tidak bawa kereta sorong. Waduh! Penatnya. daripada jam 11 pagi hingga 4.15 petang baru siap. Lori datang ambil buah dan timbang. 2km saja jauhnya dari kebun arwah mak.. Dapatlah 470kg. Duit nanti 5 hb Februari boleh ambil.
Lepas makan, balik semula ke ladang. Membaja pulak. Kena habiskan semua kerja. Malumlah.. jauh. Beratnya baja `Osaka` ni 5o kg. 4 baldi habis satu beg. Aku hairan, sebab dengan baja Melayu jual tu, 6 baldi satu beg (cap lain). Nanti aku tanya taukeh di Pt Jawa tu.
Tanah kebun sawit ni jenis tanah gambut. Apakah baja yang sesuai? Selain tanahnya berongga, ia juga masam.
Sunday, January 16, 2011
Kebun Sawit di Pinang 1000
Arwah emak ( Hajah Endon bt Hj Othman - kembali ke Rahmatullah pada 2007) ada mempunyai 2 ekar ladang kelapa sawit di Parit Pinang Seribu Darat, Muar, Johor. Kebun ini asalnya sebuah ladang getah `pokok kahwin`. Ditebang untuk tanam semula pada tahun 2000. Punca tebang untuk tanam semula dengan kelapa sawit adalah kerana tiada orang yang sanggup menoreh lagi waktu itu. . Jika sekarang, berebutlah orang mohon kerja menoreh ni sebab harganya mahal. Di Kampung ni upah menoreh ialah hasil bahagi dua dengan pemilik kebun.
Sebelum ini, urusan ladang sawit ini diuruskan oleh sepupu aku daripada mula tanam hingga memotong buah . Potong buah mula 2004. Urusan tebang, jual kayu, tanam, membersih kebun hinggalah potong buah dan jual. Bagaimanapun benih pokok sawit aku sendiri yang beli (RM880.00 kirim melalui online kepada sepupu yang menguruskan itu atas permintaannya). Dulu janji dengan arwah emak aku bahawa urusan pembangunan tanah untuk tanam kelapa sawit termasuk beli benih pokok adalah daripada jualan kayu getah Tapi akhirnya aku sendiri kene beli sendiri benih tu. Kata sepupu aku tu ,kayu getah tidak laku sebab kayu-kayu tu `berlubang!`
Pada 15hb Jan 2011, Sabtu yang lalu, aku dengan Jai telah mula memotong buah kelapa sawit (arwah emak) di Parit Pinang 1000 Darat, MUAR, Johor
Sebelum ini, urusan ladang sawit ini diuruskan oleh sepupu aku daripada mula tanam hingga memotong buah . Potong buah mula 2004. Urusan tebang, jual kayu, tanam, membersih kebun hinggalah potong buah dan jual. Bagaimanapun benih pokok sawit aku sendiri yang beli (RM880.00 kirim melalui online kepada sepupu yang menguruskan itu atas permintaannya). Dulu janji dengan arwah emak aku bahawa urusan pembangunan tanah untuk tanam kelapa sawit termasuk beli benih pokok adalah daripada jualan kayu getah Tapi akhirnya aku sendiri kene beli sendiri benih tu. Kata sepupu aku tu ,kayu getah tidak laku sebab kayu-kayu tu `berlubang!`
Pada 15hb Jan 2011, Sabtu yang lalu, aku dengan Jai telah mula memotong buah kelapa sawit (arwah emak) di Parit Pinang 1000 Darat, MUAR, Johor
JADUAL DAN REKOD POTONG BUAH SAWIT KEBUN ARWAH EMAK DI KG PARIT PINANG SERIBU DARAT , MUAR
| Tarikh | Berat(kg) | Bil | RM | Upah | Terima | Keluar |
Potong Buah | 15-01-2011 | 470 | | l | 19 | | 19 |
Baja | 15-01-2011 | 200 | 4 | 320 | 10 | | 330 |
Racun | | | | | | | |
Pruning | | | | | | | |
Alatan | | | | | | | |
Kenderaan | 15-01-2011 | | | 100 | 20 | | 120 |
Makan | 15-01-2011 | | | 20 | | | 20 |
Jariah Emak | | | | | | | |
Labels:
Pinang1000
Wednesday, January 12, 2011
Juga kali pertama dapat..
Petang 11hb aku ke rumah Ipin. Aku berikan upah potong buah walaupun aku belum terima daripada Bati lagi RMnya.Aku katakan padanya itu adalah anggaran. Rupanya hari ini, 11hb Johor cuti kerana Hari Hol Sultan Iskandar Al-Haj. Kilang sawit pun TUTUP le.
Lebih kurang setengah jam, Bati muncul memberikan sampul surat berisi RM dan resit timbang.
Itulah kali pertama aku dapat merasai hasil ladang sawit sendiri.. Insyallah, lepas ini aku akan jaga cukup-cukup ladang sawit ini . Dengan bantuan Allah, ia akan hidup subur, buahnya berat. Aku dah nampak jalannya.
12hb, Bati telefon , mengatakan buah sawit telah dijual. RM dah ada ditangannya. Aku dah balik ke rumah, 33km dari tempat bertugas. Bergegas patah balik ke Pasak semula untuk ambil RM sawit daripada Bati.. Aku Solat Isya` di Masjid Pasak. Selepas itu, aku ajak Ali sama untuk berjumpa Bati di Kedai Wak Ngaman (arwah dah-).
Itulah kali pertama aku dapat merasai hasil ladang sawit sendiri.. Insyallah, lepas ini aku akan jaga cukup-cukup ladang sawit ini . Dengan bantuan Allah, ia akan hidup subur, buahnya berat. Aku dah nampak jalannya.
Kali pertama dapat..
"Ingat tak jadi potong", katanya ringkas. "Jadii", kata ku."Kan dah janji 10hb", aku mengesahkan. Dia menganggukkan kepala tanda setuju lalu mengatakan akan bersiap dan mula potong buah sawit yang dah masak dalam 30 minit lagi. Ladang sawit aku tidak berapa jauh dari rumahnya. Tidak sampai 2 minit pun.
Aku ke kedai Lan Prata untuk isi perut dan minum air. Walhal, di rumah dah sarapan . Sambil mengunyah lontong, aku mula berfikir, inilah kali pertama dalam masa lapan tahun ni aku serius menguruskan kebun sawit ku sendiri. Berapakah pula hasilnya nanti. Mampukah aku membayar upah potong buah dan tambang lori. Aku mula mencongak-congak . Jika ikut kata orang dulu yang memajak ladang aku tu, hasil tak banyak Mungkin kena keluar duit kocek untuk baja, racun, upah potong buah, tambang lori dan lain-lain.. Pening,pening..
Lepas minum aku terus ke ladang. Ku lihat motor Ipin Honda cub (X-5 biru baru ) dah ada di tanah jiran aku, Baha (Pesara pegawai Felda). Aku masuk ke ladang. Ku lihat di sana sini telah banyak buah sawit tergolek di bawah pokok sawit. Ipin dah mula potong buah.
Aku tinggalkan Ipin memotong buah sawit tadi sendirian. Aku terus ke tempat aku bertugas.
2.00 petang Ipin telefon mengatakan buah sawit telah siap dipotong dan dilonggokkan di dua `platfom di tepi jalan... Oleh kerana buah sawit aku sedikit, maka Bati akan mencampurkan dengan buah sawit daripada tuan ladang yang lain dulu . Sebelum itu Bati akan timbang dulu berat buah sawit aku .itu Tanpa berlengah aku telefon Bati, taukeh lori untuk angkut buah ke kilang. Bati datang dan memungah buah sawit tadi ke dalam lorinya untuk dibawa ke kilang .
Tuesday, January 11, 2011
Rekod potong buah
JADUAL DAN REKOD POTONG BUAH SAWIT KEBUN AKU DI KG BARU PASAK
Tarikh Potong | Tan Dapat (kg) | TarikhBaja | Bil Beg | Tarikh Meracun | Nota |
10/1/2011 | 0.79 | 12/1/2011 | |||
April 2023 | 7
| April 2023 | Hj Sahak | ||
04/05/2023 | 1.40 | ||||
Buat Sendiri
Hampir 5 tahun aku menyerahkan ladang sawit ku dipajak oleh pemajak. Persetujuannya ialah pemajak
- boleh ambil hasil sawit masak untuk dijual
- kena bersihkan ladang seperti meracun dan menebas `anak kayu`
- membaja pokok sawit
- jaga keselamatan pokok sawit yang masih muda
- jaga keselamatan pokok-pokok lain seperti buah-buahan
Sebagai ganjaran, aku dapat duit pajak antara RM1000 hingga RM1120 setahun dengan ladang seluas 1.4 hektar tu. Aku pun tak mampu buat sendiri masa tu.
Kini pokok-pokok sawit ku dah setinggi gambar di bawah. Ada juga pokok yang lebih tinggi. Terpaksa menggunakan sabit bersambung galah aluminium untuk memotong buah yang masak.
Kini, hampir setiap minggu aku menziarah ladang sawit ku untuk membuat pelbagai jenis kerja. Tugas utama ku sekarang ialah untuk memulihkan pokok-pokok sawit ini supaya lebih subur. Menurut kata pemajak dulu, dia hanya akan membaja pokok sawit ini dengan baja percuma jika ada lebihan baja dari pembersihan stor baja ***da yang hendak dibuang! Baru aku tahu. Langsung tidak bermodal membeli baja. Kalau ikut, 4 kali setahun dibaja pokok-pokok ni. Ada satu-satu tahun tu,
langsung tidak berbaja. Patutlah pangkal pelepah poko ni kuning. Tak mengapalah. Insyallah, aku akan buat yang sebaik mungkin untuk mengeluarkan hasil daripada rezeki Allah swt ini. Insyallah. Aku berdoa agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk berkebun di desa permai ini. Untuk keluarga ku tersayang jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)