Aku baru sahaja selesai potong buan dan membaja kebun sawit arwah emak pada 15hb Januari 2011 , Sabtu yang lalu. Aku angkat buah yang telah dipotong ke tepi `platfom` tepi jalan besar. Aku gunakan besi `cam` . Angkat satu-satu ke tepi jalan besar. Silapnya tidak bawa kereta sorong. Waduh! Penatnya. daripada jam 11 pagi hingga 4.15 petang baru siap. Lori datang ambil buah dan timbang. 2km saja jauhnya dari kebun arwah mak.. Dapatlah 470kg. Duit nanti 5 hb Februari boleh ambil.
Lepas makan, balik semula ke ladang. Membaja pulak. Kena habiskan semua kerja. Malumlah.. jauh. Beratnya baja `Osaka` ni 5o kg. 4 baldi habis satu beg. Aku hairan, sebab dengan baja Melayu jual tu, 6 baldi satu beg (cap lain). Nanti aku tanya taukeh di Pt Jawa tu.
Tanah kebun sawit ni jenis tanah gambut. Apakah baja yang sesuai? Selain tanahnya berongga, ia juga masam.
No comments:
Post a Comment