"Ingat tak jadi potong", katanya ringkas. "Jadii", kata ku."Kan dah janji 10hb", aku mengesahkan. Dia menganggukkan kepala tanda setuju lalu mengatakan akan bersiap dan mula potong buah sawit yang dah masak dalam 30 minit lagi. Ladang sawit aku tidak berapa jauh dari rumahnya. Tidak sampai 2 minit pun.
Aku ke kedai Lan Prata untuk isi perut dan minum air. Walhal, di rumah dah sarapan . Sambil mengunyah lontong, aku mula berfikir, inilah kali pertama dalam masa lapan tahun ni aku serius menguruskan kebun sawit ku sendiri. Berapakah pula hasilnya nanti. Mampukah aku membayar upah potong buah dan tambang lori. Aku mula mencongak-congak . Jika ikut kata orang dulu yang memajak ladang aku tu, hasil tak banyak Mungkin kena keluar duit kocek untuk baja, racun, upah potong buah, tambang lori dan lain-lain.. Pening,pening..
Lepas minum aku terus ke ladang. Ku lihat motor Ipin Honda cub (X-5 biru baru ) dah ada di tanah jiran aku, Baha (Pesara pegawai Felda). Aku masuk ke ladang. Ku lihat di sana sini telah banyak buah sawit tergolek di bawah pokok sawit. Ipin dah mula potong buah.
Aku tinggalkan Ipin memotong buah sawit tadi sendirian. Aku terus ke tempat aku bertugas.
2.00 petang Ipin telefon mengatakan buah sawit telah siap dipotong dan dilonggokkan di dua `platfom di tepi jalan... Oleh kerana buah sawit aku sedikit, maka Bati akan mencampurkan dengan buah sawit daripada tuan ladang yang lain dulu . Sebelum itu Bati akan timbang dulu berat buah sawit aku .itu Tanpa berlengah aku telefon Bati, taukeh lori untuk angkut buah ke kilang. Bati datang dan memungah buah sawit tadi ke dalam lorinya untuk dibawa ke kilang .
No comments:
Post a Comment