Sunday, January 16, 2011

Kebun Sawit di Pinang 1000

         Arwah emak ( Hajah Endon bt Hj Othman - kembali ke Rahmatullah pada 2007)  ada mempunyai 2 ekar ladang kelapa sawit di Parit Pinang Seribu Darat, Muar, Johor. Kebun ini asalnya sebuah ladang  getah `pokok kahwin`. Ditebang untuk tanam semula pada tahun 2000. Punca tebang untuk tanam semula dengan kelapa sawit adalah kerana tiada orang yang sanggup menoreh lagi waktu itu.  . Jika sekarang, berebutlah orang mohon kerja menoreh ni sebab harganya mahal. Di Kampung ni upah menoreh ialah hasil bahagi dua dengan pemilik kebun.

         Sebelum ini, urusan ladang sawit ini diuruskan oleh sepupu aku daripada mula tanam hingga memotong buah . Potong buah mula 2004. Urusan tebang,  jual kayu, tanam,  membersih kebun  hinggalah potong buah dan jual. Bagaimanapun benih pokok sawit aku sendiri yang beli  (RM880.00  kirim melalui online kepada sepupu yang menguruskan itu atas permintaannya).  Dulu janji dengan arwah emak aku bahawa urusan pembangunan tanah untuk tanam kelapa sawit termasuk beli benih pokok adalah daripada jualan kayu getah Tapi akhirnya aku sendiri kene beli sendiri benih tu. Kata sepupu aku tu ,kayu getah tidak laku sebab kayu-kayu tu `berlubang!`

           Pada 15hb Jan 2011, Sabtu yang lalu, aku dengan Jai telah mula memotong buah kelapa sawit  (arwah  emak) di Parit Pinang 1000 Darat,  MUAR, Johor

JADUAL DAN REKOD POTONG BUAH SAWIT KEBUN  ARWAH EMAK DI KG PARIT PINANG SERIBU DARAT , MUAR




Tarikh
Berat(kg)
Bil
RM
Upah
Terima
Keluar
Potong Buah
15-01-2011
470

l
19

19
Baja
15-01-2011
200
4
320
10

330
Racun







Pruning







Alatan







Kenderaan
15-01-2011


100
20

120
Makan
15-01-2011


20


20
Jariah Emak