Tuesday, January 11, 2011

Buat Sendiri

          Hampir 5 tahun aku menyerahkan ladang sawit ku dipajak oleh pemajak. Persetujuannya ialah pemajak

  • boleh ambil hasil sawit masak untuk dijual
  • kena bersihkan ladang seperti meracun dan menebas `anak kayu`
  • membaja pokok sawit
  • jaga keselamatan pokok sawit yang masih muda 
  • jaga keselamatan pokok-pokok lain seperti buah-buahan
          Sebagai ganjaran, aku dapat duit pajak antara RM1000 hingga RM1120 setahun dengan ladang seluas 1.4 hektar tu. Aku pun tak mampu buat sendiri masa tu.

          Kini pokok-pokok sawit ku dah setinggi gambar di bawah. Ada juga pokok yang lebih tinggi. Terpaksa menggunakan sabit bersambung galah aluminium  untuk memotong buah yang masak.

          Kini, hampir setiap minggu aku menziarah ladang sawit ku untuk membuat pelbagai jenis kerja. Tugas utama ku sekarang ialah untuk memulihkan pokok-pokok sawit ini supaya lebih subur. Menurut kata pemajak dulu, dia hanya akan membaja pokok sawit ini dengan baja percuma jika ada lebihan baja dari pembersihan stor baja  ***da yang hendak dibuang! Baru aku tahu. Langsung tidak bermodal  membeli baja. Kalau ikut, 4 kali setahun dibaja pokok-pokok ni. Ada satu-satu tahun tu, 
langsung tidak berbaja.  Patutlah pangkal pelepah poko ni kuning. Tak mengapalah. Insyallah, aku akan buat yang sebaik mungkin untuk mengeluarkan hasil daripada rezeki Allah swt ini. Insyallah. Aku berdoa agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk berkebun di desa permai ini. Untuk keluarga ku  tersayang jua.



          
                                                            

 

No comments:

Post a Comment