Wednesday, January 12, 2011

Juga kali pertama dapat..

           Petang 11hb aku ke rumah Ipin. Aku berikan upah potong buah walaupun aku belum terima daripada Bati lagi RMnya.Aku katakan padanya  itu adalah anggaran.  Rupanya hari ini, 11hb Johor cuti kerana Hari Hol Sultan Iskandar Al-Haj. Kilang sawit pun TUTUP le.
           12hb, Bati telefon , mengatakan buah sawit telah dijual.  RM dah  ada ditangannya. Aku dah balik ke rumah, 33km dari tempat bertugas. Bergegas patah balik ke Pasak semula untuk ambil RM sawit daripada Bati.. Aku Solat Isya` di Masjid Pasak. Selepas itu, aku ajak Ali sama untuk berjumpa Bati di Kedai  Wak Ngaman (arwah dah-).
            Lebih kurang setengah jam, Bati muncul memberikan sampul surat berisi RM dan resit timbang.
            Itulah kali pertama aku dapat merasai hasil ladang sawit sendiri.. Insyallah, lepas ini aku  akan jaga cukup-cukup ladang sawit ini . Dengan bantuan Allah, ia akan hidup subur, buahnya berat. Aku dah nampak jalannya.

No comments:

Post a Comment